Akan Merasuk Di Pawagam Berdekatan Anda 23 Jun 2011
Title : Rasuk
Category : Feature Film
Language : Malay
Genre : Horror
Classification : 13PG
Realease Date : 23 / 6/ 2011
Duration : 110 min
Audio : Dolby Digital
(Surround) Thx
Format : Red 4k(35mm)
CAST/PELAKON
Fouziah Ghous:Melati (Pelakon Utama)
Iqram Dinzly : Arman (Pelakon Utama)
Sidek Hussain : (Pelakon Utama)
Fauziah Nawi : (Pelakon Utama)
Khir Mohd Noor: (Artis Jemputan)
PRODUCTION COMPANY
White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.
Sri Saheb Production Sdn Bhd
DIRECTOR/ PENGARAH : S. Baldev Singh
PRODUCER/ PENERBIT : Harvinder Singh
Arjinder Singh
Synopsis/ Sinopsis
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut. Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan.Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’. Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli. Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.
Kecoh Betul 2010
Category : Feature Film
Language : Malay
Genre : Action Comedy
Classification : U - General viewing for all ages Release Date : 2010
Duration : 110 min
Audio : Dolby Digital (Surround)
Format : RED 4k(35mm)
Cast / Pelakon
Saiful Apek @ Abang Don
Nabil @ Aiman
Yatt @ Yatt / Yati
Bell Ngasri @ Joe
Shah R @ Bellon
Diana Daniealle @ Dayana
Datuk Aziz Sattar @ Pak Aziz
Sheila Mambo @ Salmah
Ramesh @ Shark
Venessa Chong @ Vanessa
Fauziah Nawi (GA)
Karam Singh Walia (GA)
SINOPSIS
KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Montel dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.
Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria.Walaupun begitu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman tidak mahu berlumba lagi. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya sebelum ini. Dayana seorang gadis yang hilang kasih sayang setelah kematian ibunya. Bapanya yang mempunyai masalah dalam perniagaan juga berhutang pada jumlah yang banyak dengan Ah Long sehingga dirinya terjual . Aiman yang bertemu semula dengan Dayana semasa dia menjadi mangsa pertaruhan lumba haram, berusaha membantu Dayana. Montel yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Dayana, Yatt yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana bapanya seorang ahli perniagaan yang bermasalah juga telah berhutang dengan Ah Long. Aiman secara tiba –tiba berlumba semula walaupun sebelum ini dia pernah berjanji untuk
tidak berlumba lagi.
Yang pasti, Aiman berlumba bukan untuk mendapatkan wang untuk melunaskan hutang. Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini dan kenapa
Aiman kembali berlumba?
Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton.
KECOH BETUL
Gallery
<Click Here>
AKHIRAT 2008
Category : Feature Film
Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U - General viewing for all ages Release Date : 20 March 2008
Duration : 112 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Cast
Vanidah Imran :Nurin Amira
Tony Eusoff :Mejar TUDM Amran
Ady Putra :Ari
Nabila :Noni
Jins Shamsudin :Dato' Shamsudin
Sivaji Rajah A.M.N :Ramalinggam
Datuk Jalaluddin Hasan :Uncle
Fauziah Nawi :Kaunselor
Othman Hafsham :Dr. Syed
Zack Taipan :Ricky
Maznah Zulkifli :Dr. Sheila
Bront Palarae :Ramon
Mahmud Ali Bashah :Hisham
Newspaper Clippings
24 August 2008 :Utusan Malaysia :
Membangunkan Budaya Filem
08 August 2008 :Kosmo :
Bakal Pegang Trofi Pelakon Wanita
Terbaik Ffm21
07 August 2008 :Berita Harian :
Debaran Calon Top 5
06 July 2008 :Harian Metro :
Jom Meriah Ffm21
13 April 2008 :Utusan Malaysia :
Saya Berjaya - Syed Mohamed
26 March 2008 :Berita Harian :
Berkorban Demi Akhirat
23 March 2008 :Harian Metro :
Berani, Panas
13 March 2008 :Berita Harian :
Sedia Hadapi Kontroversi Babak
Ranjang
05 March 2008 :Utusan Malaysia :
Membilang Detik Akhirat
26 September 2007 :Utusan Malaysia :
Akhirat Filem Blokbuster Tahun Depan?
11 September 2007 :Berita Harian :
Akhirat Papar Dilema Hidup Isteri Hidap Aids
SYNOPSIS
“AKHIRAT”, very poignantly, shows the relentless strife of a woman, Mira (Vanida Imran),who struggles her entire life after knowing she is surrounded by the biggest enemy on earth which going to attack her body. After getting into frightening and mysterious conflict, she was burdened with the almost impossible – to face the community and most importantly, to bear the responsibility for her whole family.
Mira has to go through the bitterness of her life secretly. By knowing that she is no longer important and could not fulfil her duty as a wife, she tried to avoid and neglect her husband, Amran (Tony Eusoff) so that he could find a replacement and tries her best to get him married to her cousin, Noni (Nabila Huda), but Amran is not keen about Noni and accuses her of being the black sheep of the family. At the same time Noni becomes wild after knowing that her partner, Ari (Adi Putra), who smuggles luxury cars, has been arrested by the police.
Finally, Noni indirectly gives an inspiration to Mira that she has revealed the truth. The truth was revealed at last by Mira that her life is coming to an end, “AKHIRAT”.
…And what defines one’s life between right and wrong?
Can Mira motivate herself to fight against the biggest enemy?
How will Amran overcome the biggest enemy in his family?
What will happen to Ari after being arrested?
Will Nabila end her wild lifestyle of sex and everything bad?
How will Dato’ Shamsuddin face all these?
“AKHIRAT”…Judgement Day in your hands!
SINOPSIS – (Bahasa Malaysia)
AKHIRAT mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita. Nurin Amira yang senang dipanggil Mira merupakan seorang wanita yang telah berkahwin dan disahkan menghidap penyakit AIDS. Perkara tersebut disahkan setelah Mira mengalami kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke pengkalan tentera udara untuk menjemput suaminya Mejar Amran, yang baru pulang ke tanahair setelah satu tahun bertugas di sempadan negara menjalankan operasi angkatan tentera.
Kisah hitam berlaku terhadap Mira setahun sebelum itu setelah dia dinodai oleh penagih dadah tegar yang juga merupakan penghidap HIV/AIDS ketika sedang beriadah melakukan hobinya bird watching seorang diri di satu taman. Kejadian tersebut berlaku ketika suaminya baru sahaja dihantar bertugas. Insiden tersebut menjadi rahsia peribadi Mira. Takdir menentukan Mira menerima kesan duka dari peristiwa itu.
Kehidupan Mira mula berubah setelah mengetahui dia menghidap penyakit AIDS. Dia cuba untuk merahsiakan hal itu dari ahli keluarganya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan masyarakat terutama ahli keluarganya. Keadaannya hanya diketahui oleh Dr. Sheila, doktor yang merawatnya dirinya.
Konflik berlaku sewaktu Mira kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan tugasnya sebagai seorang isteri terhadap suami. Keresahan itu menyebabkan Mira melakukan sesuatu di luar dugaan.
Mira mempunyai seorang sepupu perempuan, Noni yang sejak dari kecil dipelihara oleh bapa dan arwah ibunya. Dato’ Shamsuddin, bapanya merupakan seorang pegawai bersara yang pernah berkhidmat
dengan jabatan kerajaan. Ibu Mira telah meninggal dunia akibat kanser. Sewaktu kejadian yang menimpa Mira, Noni baru tamat pengajian di seberang laut.
Runsing dengan keadaannya, Mira tanpa diketahui sesiapa telah merancangkan supaya Amran dapat bersama Noni. Namun begitu rancangannya gagal. Hal ini dapat dihidu oleh Noni apabila dia diminta Mira untuk menerima Amran sebagai suami. Tindakan ini dianggap gila oleh Noni.
Noni seorang gadis sosial yang begitu bebas dalam setiap tindakan dan kehidupannya. Noni mempunyai teman lelaki, Ari yang merupakan ketua sindiket mencuri kereta mewah. Aktivitinya tersembunyi di sebalik gaya hidupnya.
Akhirnya Noni berjaya mendesak Mira untuk menceritakan hal sebenar. Amran yang tidak berpuashati dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama keluarga dan beranggapan Noni mempunyai muslihat tersendiri. Namun akhirnya rahsia terbongkar apabila Mira mengaku sendiri yang dia kini di ambang maut.
Keluarga Dato’ Shamsuddin menerima berita tersebut dengan kejutan dan menghadapinya dengan redha. Mereka sekeluarga berusaha membantu Mira dengan bantuan Dr. Sheila.
Ari, teman lelaki Mira telah ditangkap akibat aktiviti negatifnya. Noni benar-benar tertekan dengan keadaan itu. Namun begitu di atas sokongan yang diberikan oleh Dato’ Shamsuddin dan ahli keluarga, Noni kembali berkeyakinan dan hidupnya mula berubah.
Noni telah berubah setelah peristiwa yang menimpa dirinya. Noni banyak meluangkan masanya menemani Mira. Sehinggalah pada satu hari, Noni mengadu kepada Mira yang dia benar-benar menyesal dengan perbuatan silamnya. Dato’ Shamsuddin terdengar akan rintihan Noni. Dato’ Shamsuddin menenangkan Noni dengan menyatakan bahawa dia masih disayangi bukan sahaja dari ahli keluarganya tetapi dari insan yang sudah sekian lama meminati dirinya. Noni terkejut dengan kata-kata Dato’ Shamsuddin. Noni seperti ingin tahu. Dato’ Shamsuddin mengingatkan Noni kepada Hisham, sepupunya. Bagaimanapun Dato’ Shamsuddin tidak memaksa, tetapi Noni benar-benar insaf dan rasa bertanggungjawab terhadap bapanya. Atas kesediaan dirinya dan mengenang pengorbanan bapanya, Noni bersetuju untuk berkahwin dengan Hisham. Menguntum sedikit keceriaan keluarga Dato’ Shamsuddin ketika Noni disatukan dengan Hisham.
Mira terus menghadapi detik-detik akhir kehidupannya dengan penuh tabah. Amran tidak pernah berputus asa dan senantiasa menjadi insan yang setia dan berada di samping Mira.
Tiada siapa dapat menghalang ketentuanNya, Nurin Amira menghembuskan nafas terakhir di samping suami tercinta. Pada ketika seorang insan pergi meninggalkan segala keperitan dan duka, pada ketika itu jugalah lahirnya insan baru yang bakal menyerikan kehidupan keluarga Dato’ Shamsuddin. Insan baru itu diberi nama Nurin Amira.
SEKIAN.
VITTAGHAN... THE HACKER
Producer: Dave
Executive Producer: Jaswant K. Randhawa
Director: Baldev
Script: Dave
Category : Telemovie
Language : Tamil
Genre : Action, Romance
Classification : U - General viewing for all ages Release Date : 2007
Duration : 86 min
Format : HD
Cast
Kumaresan : Arjun
Sree : Rani
Ganteeban: Aasai Thambi
Synopsis
Vittaghan is a story of two friends Arjun (THR Kumaresan) and Vasu (KS). Arjun falls in love with Rani (Shree Jayarani) whose brother Vijay (THR Uthaya) is a police officer. Arjun has been convinced by his good friends Vasu, who is working for a loan shark, to hack the computer system of a bank. They did the cyber crime and fiscal strength lured Vasu to betray Arjun for the greed og money and power and traped Arjun behind bars. Arjun divested and refretted and lost everything, especially his love, Rani. Will he gain back his love again or is he going to rake revenge from his from his friend Vasu? Watch Vittaghan (The Hacker) a truly mesmerizing and touching story with beautiful songs.

















